AEG EW1288W User Manual [ms]

124 971 890
INSTRUCTION BOOKLET
BUKU PETUNJUK
CN
MS
GB
WASHER-DRYER
EW 1288 W
Pelanggan yang dihormati,
Sila baca petunjuk-petunjuk pengendalian ini dengan teliti dan beri perhatian khusus pada nota-nota keselamatan di beberapa halaman yang pertama. Kami sarankan agar anda menyimpan buku petunjuk ini untuk menjadi rujukan pada masa akan datang dan menyerahkannya kepada sesiapa yang memiliki mesin ini selepas anda.
Kerosakan dalam pengangkutan
Semasa mengeluarkan alat ini dari bungkusan, pastikan tiada kerosakan. Jika ragu-ragu, jangan gunakan dan hubungi Pusat Servis.
Simbol-simbol yang digunakan dalam buku ini bermaksud seperti berikut:
Segitiga amaran dan/atau kata kunci (Amaran!, Awas!) menegaskan maklumat yang khusus penting bagi keselamatan anda atau bagi penggunaan alat ini yang betul.
Maklumat yang memberikan petunjuk tambahan dan petua praktikal tentang penggunaan alat ini.
Saranan dan maklumat tentang penggunaan mesin secara berhemat dan melindungi alam sekitar.
Sumbangan kami untuk melindungi alam sekitar:
kami menggunakan kertas endah alam sekitar.
58
Kandungan
Amaran 60-61 Pelupusan 61 Petua bagi melindungi
alam sekitar 61 Spesifikasi teknikal 62 Pemasangan 63
Mengeluarkan mesin 63 Penempatan 63 Saluran air masuk 63 Penyaliran air 64 Sambungan elektrik 64
Mesin basuh-pengering yang baru 65
Perihalan alat 65
Jujukan operasi 75-77 Program basuh 78 Program khas 79 Pengeringan berjangka 80 Simbol kod basuh antarabangsa 81
Penyenggaraan 82
Badan mesin 82 Laci detergen 82 Turas saliran 82 Turas saluran air masuk 82 Penyaliran darurat 83 Mencegah sejuk-beku 83
Jika ada masalah 84-85
MELAYU
BAHASA
Lampu penunjuk pintu terkunci 65 Laci detergen 65
Penggunaan 66
Panel kawalan 66 Kawalan 66-69 Fungsi 69-70 Maklumat program 70-71 Petua-petua membasuh 72
Mengisih pakaian 72 Suhu 72 Sebelum memasukkan pakaian 72 Beban maksimum 72 Berat pakaian 72 Menghapuskan tanda kotoran 72 Detergen dan perapi tambahan 73
Petua-petua pengeringan 74
Beban 74 Pakaian yang tidak sesuai dikeringkan 74 Simbol pengeringan pada label pakaian 74 Jangka masa kitaran pengeringan 74 Sisa serabut 74 Pengeringan tambahan 74
59
Amaran
Amaran berikut diberikan demi menjaga keselamatan pada keseluruhannya. Anda mesti membacanya dengan cermat sebelum memasang atau menggunakan alat ini.
Pemasangan
• Semua bahan penyendal dalaman mesti dikeluarkan sebelum menggunakan alat ini. Mesin atau perabot di sebelah-menyebelahnya boleh rosak teruk jika alat-alat pelindung pengangkutan ini tidak dikeluarkan atau tidak dikeluarkan semuanya. Sila rujuk perenggan yang berkenaan dalam buku petunjuk ini.
• Semua kerja elektrik yang perlu untuk memasang alat ini mesti dilakukan oleh juruelektrik yang bertauliah.
• Semua kerja perpaipan yang perlu untuk memasang alat ini mesti dilakukan oleh jurupaip yang bertauliah.
• Setelah mesin dipasang, pastikan kabel bekalan elektrik tidak ditindih olehnya.
• Jika alat ini diletakkan di atas lantai berpermaidani, pastikan udara dapat beredar bebas antara kakinya dengan lantai.
Penggunaan
• Alat ini direkabentuk untuk kegunaan di rumah. Jangan gunakan untuk tujuan selain yang telah direkabentuk itu.
• Gunakan untuk membasuh dan mengeringkan hanya kain yang direka untuk dibasuh dan dikeringkan dengan mesin. Patuhi petunjuk yang ternyata pada setiap label pakaian.
• Jangan memasukkan pakaian melebihi beban yang dibenarkan bagi alat ini. Patuhi petunjuk yang terkandung dalam buku petunjuk ini.
• Pastikan semua saku telah kosong. Benda-benda seperti wang logam, pin keselamatan, jarum dan skru boleh menyebabkan kerosakan besar.
• Jangan basuh di mesin ini pakaian yang telah dibasahi petroleum, spirit, trikloretilena, dsb. Jika bendalir sedemikian telah digunakan untuk menanggalkan tanda-tanda kotoran sebelum membasuh, tunggulah dahulu hingga sejat seluruhnya sebelum memasukkan pakaian.
• Isikan benda-benda kecil seperti stokin, tali pinggang, dsb dalam kantung kain atau sarung bantal supaya tidak tersepit antara dram dan tab.
• Jika anda menggunakan detergen cair dalam bekas yang harus dimasukkan terus ke dalam dram, jangan lupa mengeluarkan bekas itu sebelum melakukan pengeringan.
• Gunakan bahan pelembut kain mengikut sukatan yang disarankan sahaja. Jika berlebihan boleh merosakkan pakaian yang dicuci.
• Biarkan pintu mesin renggang sedikit apabila alat ini tidak digunakan. Cara ini dapat memelihara kedap pintu dan mencegah terbentuknya bau hapak.
• Setiap kali hendak membuka pintu, pastikan air telah disalirkan semuanya. Jika belum, salirkan air seperti yang ditunjukkan dalam buku petunjuk ini.
• Cabut plag alat ini dan tutup pili air setelah selesai menggunakannya.
Keselamatan umum
• Kerja-kerja baikpulih di mesin ini mesti dilakukan oleh kakitangan yang bertauliah sahaja. Baikpulih yang dilakukan oleh orang yang tidak berpengalaman boleh menyebabkan bahaya besar. Hubungi Pusat Servis setempat.
• Jangan sekali-kali tarik kabel bekalan elektrik untuk mencabut plag dari soketnya; pegang dan cabut plag itu sendiri.
• Semasa program bersuhu tinggi dan semasa kitaran pengeringan, kaca pintu boleh menjadi panas. Jangan sentuh!
60
Keselamatan kanak-kanak
• Sering kali kanak-kanak tidak menyedari bahaya yang wujud pada alat-alat elektrik. Semasa mesin sedang beroperasi, kanak-kanak harus diawasi dengan hati-hati dan tidak dibiarkan bermainnya.
• Komponen pembungkusan (misalnya lapik plastik, polistirena) boleh membahayakan kanak-kanak ­bahaya mati lemas! Jauhkan daripada kanak­kanak.
Pelupusan
• Semua detergen harus disimpan di tempat yang selamat jauh daripada jangkauan kanak-kanak.
• Pastikan kanak-kanak atau haiwan peliharaan tidak memanjat masuk ke dalam dram.
• Apabila alat ini hendak dilebur, potong kabel bekalan elektriknya dan musnahkan plag bersama sisa kabel. Rosakkan kancing pintu supaya kanak­kanak tidak akan terperangkap di dalam semasa bermain.
MELAYU
BAHASA
Bahan pembungkusan
Bahan yang ditandakan dengan simbol adalah bahan yang boleh dikitar semula.
>PE<=polietilena >PS<=polistirena >PP<=polipropilena
Hal ini bererti bahan-bahan tersebut boleh dikitar semula dengan melupuskannya dengan cara yang betul dalam bekas pemungutan yang sesuai.
Petua bagi melindungi alam sekitar
Demi menjimatkan air dan tenaga serta membantu melindungi alam sekitar, kami sarankan supaya petua-petua berikut dipatuhi:
• Pakaian yang biasa kotornya boleh dibasuh tanpa prabasuh. Cara ini menjimatkan detergen, air dan masa (dan melindungi alam sekitar juga!).
• Mesin ini lebih menjimatkan jika diisikan beban penuh (baik untuk kitaran basuh mahupun kitaran pengeringan).
• Mesin ini kurang menggunakan tenaga jika pakaian diputar secukupnya sebelum dikeringkan.
Mesin
Gunakan tapak pelupusan yang disahkan bagi alat yang lama. Bersama-sama kita jaga kebersihan negara!
• Jika dibersihkan secukupnya sebelum dibasuh, tanda-tanda dan kotoran sedikit-sedikit boleh dihapuskan; seterusnya pakaian dapat dibasuh pada suhu lebih rendah.
• Sukat detergen menurut takat kesadahan air, takat kekotoran pakaian dan jumlah pakaian yang hendak dicuci.
61
Spesifikasi teknikal
DIMENSI Tinggi 85 cm
Lebar 60 cm Panjang ke dalam 58 cm
MEMBASUH MENGERING
BEBAN MAKSIMUM Kapas 6.5 kg 3 kg
Sintetik 3.0 kg 2.0 kg Bahan halus 3.0 kg -
Bahan wul 2 kg ­KELAJUAN PUTARAN 1200 rpm maks. VOLTAN/FREKUENSI BEKALAN KUASA 220-230 V/50 Hz
JUMLAH KUASA TERSERAP 2200 W PERLINDUNGAN FIUS MINIMUM 10 A
TEKANAN AIR Minimum 500 kPa
Maksimum 800 kPa
Alat ini mematuhi Arahan EEC berikut: 73/23/EEC bertarikh 19/02/73 tentang voltan rendah 89/336/EEC bertarikh 03/05/89 tentang keserasian elektromagnet.
62
Pemasangan
A
B
P1067
B
B
B
2
1
P1066
P1065S
P0255
P0021
P1088
P1051
P0020
P0256
Mengeluarkan mesin
Semua bolt dan bungkah penyendal pengangkutan mesti dikeluarkan sebelum menggunakan alat ini.
Anda dinasihatkan supaya menyimpan semua bahan pengangkutan supaya dapat dipasangkan semula jika mesin perlu dipindahkan lagi.
1. Dengan menggunakan sepana, longgarkan dan tanggalkan bolt di belakang sebelah kanan. Baringkan mesin di atas bahagian belakangnya, dan pastikan hos tidak tertindih. Hal ini dapat dielakkan dengan mengalaskan satu bungkah penyendal sudut sebagai pelapik antara mesin dengan lantai.
2. Keluarkan bungkah polistirena dari bawah mesin dan lepaskan dua kantung plastik.
3. Dengan hati-hati, tanggalkan kantung di kanan (1) dan kemudian kantung di kiri (2) dengan menariknya ke arah tengah mesin.
4. Longgarkan dan tanggalkan kaki mesin.
6. Tegakkan mesin dan tanggalkan dua lagi bolt di belakang.
7. Cabut tiga batang peruang plastik dari lubang tempat bolt dimasukkan.
8. Sumbat lubangnya dengan palam yang disediakan dalam kantung buku arahan.
Penempatan
Pasangkan mesin di atas lantai yang keras dan datar. Pastikan peredaran udara di sekitar mesin tidak terganggu oleh permaidani dan sebagainya. Pastikan mesin tidak menyentuh dinding atau peralatan dapur yang lain. Ratakan kedudukan mesin dengan berhati-hati memutar skru kakinya naik atau turun. Jangan alaskan kadbod, kepingan kayu atau bahan lain di bawah mesin untuk meratakannya.
MELAYU
BAHASA
5. Pasangkan kekisi (A) di bahagian bawah mesin dengan menggunakan empat skru (B) yang disediakan dalam kantung buku arahan.
Pasangkan kembali kaki mesin.
Saluran air masuk
Sambungkan hos air masuk ke pili air yang mempunyai ulir 3/4”.
Satu lagi hujung hos air masuk itu, yang disambungkan ke mesin, dapat diputarkan ke arah manapun. Longgarkan saja pemasangan itu, putarkan hos, kemudian ketatkan semula sambil memastikan tiada kebocoran air.
63
Jangan panjangkan hos air masuk. Jika terlalu
P0023
P0022
pendek dan anda tidak mahu mengalihkan pili air, anda perlu membeli hos baru yang lebih panjang dan khusus dibuat untuk kegunaan seperti ini.
Penyaliran air
Hujung hos saliran dapat diletakkan tiga cara:
Disangkutkan pada pinggir besen cuci menggunakan pandu hos plastik yang disediakan bersama mesin. Dalam hal ini, pastikan
hujung hos itu tidak dapat terlepas apabila mesin menyalirkan air. Ini dapat dilakukan dengan mengikatnya pada pili dengan tali ataupun menyematkannya pada dinding.
Dalam satu cabang paip besen cuci. Cabang ini mesti berada di atas perangkap kotoran paip dan bengkokannya mesti berada sekurang-kurangnya 60 cm di atas lantai.
Langsung ke dalam paip saliran pada paras
sekurang-kurangnya 60 cm dan tidak lebih daripada 90 cm. Hujung hos saliran mesti sentiasa diudarakan, ertinya, garispusat dalam paip saliran mesti lebih besar daripada garispusat luar hos saliran.
Jangan biarkan hos saliran terpiuh. Lalukan di atas lantai; bahagian yang hampir dengan titik saliran sahaja yang perlu ditinggikan.
Sambungan elektrik
Mesin ini direkabentuk untuk menggunakan bekalan kuasa 220-230 V, fasa tunggal, 50 Hz.
Periksa sama ada bekalan elektrik rumah anda dapat menerima beban maksimum yang diperlukan (2.2 kW), dengan mengambil kira perkakas elektrik lain yang digunakan.
AMARAN: PERKAKAS INI MESTI
DIBUMIKAN. Pihak pengeluar menolak segala liabiliti
sekiranya langkah keselamatan ini tidak dipatuhi.
Mesin ini dibekalkan dengan plag yang dipasang fius 13 amp. Jika fius tersebut perlu digantikan, fius 13amp yang diluluskan ASTA (BS1363A) mesti digunakan. Jika plag perlu digantikan atas sebab apapun, lakukan seperti berikut. Wayar bekalan elektrik diwarnakan mengikut kod berikut:
Hijau Kuning - Bumi Biru - Neutral Coklat - Dawai Hidup
Wayar hijau kuning mesti dipasang pada pangkalan bertanda «E» atau berlambang bumi atau berwarna hijau kuning.
Wayar biru mesti dipasang pada pangkalan bertanda «N» atau berwarna hitam.
Wayar coklat mesti dipasang pada pangkalan bertanda «L» atau berwarna merah. Setelah siap dipasang, pastikan plag tidak mengandungi lembar wayar terpotong atau terputus. Pengapit kabel mesti teguh mengikat sarung luar.
AMARAN:
Plag yang dipotong jika dibiarkan dalam soket 13 amp menimbulkan bahaya keselamatan (kejutan) yang serius. Pastikan plag yang dipotong dibuang dengan selamat.
64
Mesin basuh-pengering yang baru
5
4
6
13
2
1000 900 700 500
EW 1066 W
P0874
Mesin baru ini dilengkapi sistem Direct Spray yang dipatenkan oleh Electrolux. Mesin ini memenuhi semua keperluan moden bagi mencuci pakaian secara berkesan, dengan penggunaan air, tenaga dan detergen yang rendah.
Penjimatan lanjut dapat dicapai dengan membasuh beban pakaian yang kecil-kecil, kerana penggunaan air dan elektrik berpadanan dengan jumlah dan jenis pakaian yang dibasuh.
Cakera pemilihan program menggabungkan fungsi pemilihan program dan pemilihan suhu, hingga mudah
menetapkan program.
Paparan kemajuan program menunjukkan langkah program yang dipilih dan fasa program yang sedang
berjalan.
Program khas bahan wul dengan sistem basuh lembut yang baru membasuh pakaian wul dengan cukup
cermat.
Program pengeringan memberikan pakaian anda rasa lembut dan selesa tidak kira apa keadaan cuaca.
Peranti kawalan imbangan memastikan mesin sentiasa mantap semasa putaran.
Perihalan alat
MELAYU
BAHASA
1 Laci detergen 2 Carta program 3 Panel kawalan 4 Lampu penunjuk pintu terkunci 5 Turas saliran 6 Kaki boleh laras
Lampu penunjuk pintu terkunci
Lampu ini tetap menyala sepanjang program, menandakan pintu terkunci. Apabila lampu ini padam, pintu boleh dibuka semula (lihat halaman 70).
Laci detergen
Prabasuh Basuh utama Bahan pelembut kain, kanji
65
Penggunaan
12 3 4 5 6 7 8 9 10 11 13 14
12
1200
900 700 500
EW
1288 W
95°
60°
40°
30°
40°
40°
A
B
C
D
F
G
E
50°
30°
60°
40°
30°
50°
30°
Panel kawalan
1 Carta program
Carta program dalam bahasa Inggeris diletakkan di bahagian dalam laci detergen.
2 Lampu operasi
Lampu ini menyala apabila butang ON/OFF ditekan, dan padam apabila butang itu ditekan sekali lagi.
3 Butang ON/OFF
Tekan butang untuk menghidupkan mesin. Tekan sekali lagi untuk mematikan mesin.
4 Cakera pemilihan program
Cakera pemilihan dibahagi menjadi 5 bahagian:
• Kapas, linen (bahagian biru muda)
• Sintetik (bahagian kuning)
• Bahan halus (bahagian hitam)
• Bahan wul (basuh dengan tangan) (bahagian hitam)
• Program khas A....G
• Set semula program
O
Kedudukan E ialah untuk program JIMAT TENAGA, sementara program pula untuk “basuh sejuk”.
Di akhir program, cakera pemilihan ini mesti diputar ke kedudukan O.
Butang Opsyen Program
Pelbagai fungsi boleh digabungkan, bergantung pada program yang anda pilih. Fungsi-fungsi itu mesti dipilih setelah anda memilih program dan sebelum menekan butang MULA/JEDA. Apabila butang-butang ini ditekan, lampu penunjuk yang berkenaan akan menyala. Apabila butang ditekan sekali lagi, lampu penunjuk itu padam. Jika anda memilih opsyen yang tidak betul, lampu penunjuk berkenaan akan berkelip kira-kira 2 saat dan mesej Err dipaparkan.
5 Butang prabasuh
Mesin melakukan satu kitaran prabasuh pada suhu 30°C maksimum. Kitaran prabasuh itu berakhir dengan putaran pendek pada kelajuan 650 r.p.m. bagi program Kapas dan Sintetik, atau air disalir bagi program Bahan halus. Opsyen ini tidak disediakan bagi program wul. Digunakan apabila membasuh pakaian yang sangat kotor.
Cakera pemilihan ini boleh diputar ikut arah jam atau lawan arah jam.
6 Butang kelajuan putaran
Tekan butang ini untuk mengurangkan kelajuan maksimum putaran akhir yang diusulkan oleh mesin bagi program yang dipilih atau untuk memilih
kedudukan (air dalam tab). Lampu yang berkenaan dengan opsyen yang dipilih itu akan menyala.
66
Kelajuan putaran
Kelajuan berikut dapat dipilih bagi pelbagai jenis kain:
• Kapas, linen: 500/700/900 maks 1200 r.p.m.
• Sintetik, bahan wul: 500/700 maks 900 r.p.m.
• Bahan halus: 500 maks 700 r.p.m.
Air dalam tab
(Anti-kusut)
Apabila opsyen ini dipilih, air bilasan terakhir tidak akan disalirkan, supaya pakaian tidak berkedut. Apabila program selesai, lampu penunjuk butang MULA/JEDA berkelip-kelip menandakan air mesti disalirkan.
Untuk mengeluarkan air itu ada 3 pilihan:
• Pilih program “D” (penyaliran): Air disalirkan tanpa putaran.
Perhatian! Sebelum memilih program “D” cakera pemilihan perlu diletakkan pada kedudukan O (membatalkan).
Tekan butang MULA/JEDA : selepas menyalirkan air, mesin melakukan kitaran putaran yang sesuai dengan jenis kain yang dipilih.
Pilih kelajuan putaran dengan menggunakan butang yang berkenaan, kemudian tekan butang MULA/JEDA.
Opsyen ini tidak boleh dipilih bagi program CUCIAN & PENGERINGAN automatik.
7 Butang basuh cepat
8 Butang ekstra bilas
Boleh digunakan dengan semua program kecuali program bahan wul. Mesin membilas 4 kali, bukan
3. Opsyen ini disarankan bagi mereka yang mengalami alergi terhadap detergen dan juga bagi kawasan yang airnya sangat lembut.
9 Butang Pengeringan
Elektronik
Dengan butang ini anda dapat memilih takat pengeringan yang diperlukan bagi kain kapas dan sintetik:
Ekstra kering (kapas) Kering simpan (kapas dan sintetik)
Kering seterika (kapas) Lampu penunjuk yang berkenaan akan menyala. Jangka masa pengeringan dilaraskan secara
automatik oleh mesin: pakaian dikeringkan menurut takat kekeringan yang dipilih.
10 Butang
jangka masa
pengeringan
Jika ingin menjalankan program berjangka dan bukan program elektronik, tekan butang ini hingga tertera jangka masa pengeringan yang anda kehendaki menurut jenis kain (kapas atau sintetik).
Bagi KAPAS anda dapat memilih jangka masa pengeringan dari 10 minit hingga 130 minit.
Bagi SINTETIK anda dapat memilih jangka masa dari 10 minit hingga 100 minit.
MELAYU
BAHASA
Dengan menekan butang ini, jangka waktu mencuci dikurangkan seperti berikut:
• 52 minit untuk kapas 95°C
• 63 minit untuk kapas 50°C
• 72 minit untuk kapas 40°C dan 30°C
• 24 minit untuk sintetik
• 8 minit untuk bahan halus Opsyen ini tidak tersedia bagi program Bahan wul
dan program Jimat tenaga. Digunakan bagi pakaian yang kotor sedikit sahaja.
11 Butang MULA TERTUNDA
Program basuh boleh ditunda dari 1 jam hingga maksimum 24 jam dengan butang ini.
Memilih mula tertunda
• Hidupkan mesin dengan menekan butang ON/OFF
.
• Pilih program dan opsyen yang dikehendaki.
• Tekan butang Mula Tertunda.
• Tekan butang MULA/JEDA : mesin mula
menghitung undur masa mengikut jam.
Program akan dimulai setelah tamat tempoh penundaan yang dipilih.
67
2.05
Mengubah mula tertunda
• Tekan butang MULA/JEDA .
• Tekan butang MULA TERTUNDA hingga jangka masa yang dikehendaki dipaparkan.
Jika ingin membatalkan penundaan, tekan butang
sekali sahaja: simbol 0 h akan dipaparkan.
• Tekan butang MULA/JEDA sekali lagi.
12 PAPARAN
Paparan memberikan maklumat berikut:
Membatalkan - Jangka masa program - Jangka masa pengeringan - Mula tertunda - Pilihan opsyen tidak betul - Kod penggera.
Membatalkan
Jika program dibatalkan - cakera pemilihan program pada kedudukan O - tiga palang berkelip-kelip di paparan.
Apabila program selesai, angka sifar berkelip-kelip dipaparkan. Jika anda memilih opsyen Anti-kusut , angka sifar tidak akan berkelip.
Jangka masa pengeringan
Jangka masa pengeringan yang dipilih itu dipaparkan dalam kiraan minit atau jam dan minit.
1.25
Setelah program dimulakan, baki jangka masa dikemaskinikan setiap minit.
Mula tertunda
---
Kini anda dapat memilih program baru.
Jangka masa program
Setelah memilih program, jangka masa dipaparkan dalam kiraan jam dan minit (misalnya 2.05).
Tempoh penundaan yang dipilih (maksimum 24 jam), yang ditetapkan dengan butang yang berkenaan, tertera selama 4 saat, kemudian jangka masa program yang dipilih sebelumnya akan dipaparkan.
Hitungan undur masa dikemaskinikan setiap jam.
Pilihan opsyen tidak betul
Jika sesuatu opsyen tidak sesuai dengan program basuh yang ditetapkan, mesej Err dipaparkan.
Jangka masa ini dikira secara automatik berdasarkan beban maksimum yang disarankan bagi setiap jenis kain.
Setelah program dimulakan, baki jangka masa dikemaskinikan setiap minit.
68
Kod penggera
Berhenti dengan
air dalam tab
Penyaliran air
Jika berlaku masalah operasi, beberapa kod penggera dapat dipaparkan, misalnya E20 (lihat perenggan “Jika ada masalah”).
E20
13 Butang MULA/JEDA
Dengan menekan butang MULA/JEDA
• Air dalam program “A” (Rendam) disalirkan
• Air pembilasan terakhir dalam program yang mengandungi opsyen Anti-kusut disalirkan dan pakaian diputar.
14 Paparan kemajuan program
Dengan memilih program basuh, lampu penunjuk yang berkaitan dengan pelbagai fasa dalam program akan menyala.
Setelah mesin dimulakan, lampu penunjuk fasa yang sedang berjalan sahaja yang akan menyala. Setelah program selesai, lampu penunjuk Tamat akan menyala.
Prabasuh
Basuh utama
Bilas
Salir
Putaran
Pengeringan
Tamat
MELAYU
BAHASA
Butang ini ada tiga fungsi:
Mula - Jeda - Penyaliran air.
Mula
Setelah memilih program yang dikehendaki, tekan butang ini untuk memulakan mesin; lampu penunjuk yang berkenaan akan berhenti berkelip.
Jika anda memilih mula tertunda, mesin akan mula menghitung undur masa. Jangka masa program atau penundaan akan tertera di paparan.
Jeda
Untuk menghentikan program yang sedang berjalan buat sementara waktu, tekan butang MULA/JEDA: lampu penunjuk yang berkenaan mula berkelip.
Untuk memulakan kembali program itu dari tempat berhenti, tekan butang MULA/JEDA sekali lagi.
Fungsi
Lampu penunjuk
Bergantung pada programnya, pelbagai fungsi dapat digabungkan. Apabila butang ditekan, lampu penunjuk yang berkenaan akan menyala. Apabila butang ditekan lagi, lampu penunjuk akan padam. Jika opsyen yang dipilih tidak betul, lampu penunjuk berkelip selama 2 saat dan mesej Err dipaparkan.
69
Program tamat
Apabila lampu penunjuk pintu terkunci padam, pintu dapat dibuka. Lampu (TAMAT) di paparan kemajuan program akan menyala. Angka sifar berkelip-kelip di paparan. Matikan mesin dan keluarkan pakaian. Putar cakera pemilihan program ke O.
Maklumat program
Bahan wul
Program basuh bagi bahan wul yang boleh dibasuh dengan mesin, serta bahan wul yang boleh dibasuh dengan tangan dan kain halus yang menunjukkan label “basuh di tangan”.
Mengubah program
Anda dapat mengubah program sebelum program itu dimulakan. Setelah program dimulakan, anda hanya dapat mengeset semula program itu dengan memutar cakera pemilihan program ke O dan kemudian anda dapat memilih program baru. Mulakan dengan menekan butang MULA/JEDA.
Menghentikan program buat sementara waktu
Tekan butang MULA/JEDA untuk menghentikan program yang sedang berjalan buat sementara waktu. Lampu yang berkenaan mula berkelip.
Membatalkan program
Putar cakera pemilihan ke O untuk membatalkan program yang sedang berjalan: tiga palang berkelip­kelip di paparan. Kini anda dapat memilih program baru.
A = Rendam
Pilih program ini bagi pakaian yang sangat kotor. Tuangkan detergen ke dalam petak . Program ini tidak sesuai untuk bahan wul.
Mesin merendam pada suhu 30°C dan berhenti dengan air dalam dram. Air dapat disalirkan dengan 2 cara:
Penyaliran sahaja dengan menekan butang MULA/JEDA.
Penyaliran dan putaran: putar cakera pemilihan program ke O, pilih program “F” (putaran), kurangkan kelajuan putaran akhir dengan menekan butang dan tekan butang MULA/JEDA.
Penting!
• Jika air tidak disalirkan dalam tempoh 18 jam, mesin menyalirkannya secara automatik.
• Apabila rendaman berakhir (setelah air disalirkan) anda dapat memilih program basuh. Mula-mula putar cakera pemilihan program ke O, kemudian pilih program dan tekan butang MULA/JEDA.
B = Bilas
Membuka pintu setelah program dimulakan
Mula-mula tetapkan mesin ke JEDA dengan menekan butang MULA/JEDA. Pintu boleh dibuka apabila lampu penunjuk pintu terkunci padam. Jika pintu tidak terbuka, bererti mesin sudah mula memanaskan atau mengeringkan, paras air sudah berada di atas pinggir bawah pintu, atau dram sedang berputar. Semasa pengeringan, pintu boleh dibuka hanya dalam tempoh 10 minit pertama dan di akhir pengeringan (selepas fasa penyejukan).
Jika pintu tidak dapat dibuka tetapi anda perlu membukanya, anda perlu mematikan mesin dengan menekan butang ON/OFF . Kira-kira 2 minit selepas itu, pintu boleh dibuka semula (awas paras air!). Untuk memulakan semula program, tekan butang ON/OFF sekali lagi setelah menutup pintu.
Dengan program ini anda dapat membilas dan memutar pakaian yang telah dibasuh dengan tangan. Mesin membilas 3 kali, kemudian melakukan putaran akhir pada kelajuan 1200 r.p.m. Kelajuan putaran dapat dikurangkan dengan menekan butang .
C = Pelembut
Pakaian yang dibasuh dengan tangan dapat dilembutkan dalam program ini.
Mesin membilas 1 kali, kemudian melakukan putaran akhir pada kelajuan maksimum, yang dapat dikurangkan dengan menekan butang .
D = Saliran
Untuk menyalirkan air pembilasan terakhir dalam program yang mengandungi opsyen Anti-kusut . Mula-mula putar cakera pemilihan program ke O, kemudian pilih program “D” dan tekan butang MULA/JEDA.
70
F = Putaran
Putaran berasingan pada kelajuan maksimum untuk pakaian yang dibasuh dengan tangan. Kelajuan dapat dikurangkan dengan menekan butang menurut jenis kain yang akan diputar.
G = Program pendek
Ini merupakan program lengkap yang dapat
digabungkan dengan pelbagai opsyen berikut: pengurangan kelajuan putaran, anti-kusut dan mula tertunda.
Digunakan untuk pakaian yang kotor sedikit atau yang memerlukan perapian. Beban maksimum 3 kg. Suhu basuh 30°C Jangka masa program 30 minit Kelajuan putaran akhir 700 r.p.m.
O = Membatalkan
Untuk mengeset semula program, putar cakera pemilihan ke O. Kini program baru dapat dipilih.
MELAYU
BAHASA
71
Petua-petua membasuh
Mengisih pakaian
Patuhi simbol kod basuh pada label pakaian dan petunjuk membasuh daripada pihak pengeluar. Pakaian hendaklah diisih seperti berikut: putih, berwarna, sintetik, bahan halus, bahan wul.
Bahan halus dan wul: dram tidak lebih daripada sepertiga penuh.
Membasuh pakaian mengikut beban maksimum menghasilkan penggunaan air dan tenaga yang paling cekap.
Bagi pakaian yang sangat kotor, kurangkan saiz beban.
Suhu
95° untuk kain kapas dan linen yang biasa
kotornya (misalnya alas meja teh, tuala, alas meja, cadar ...).
60° untuk pakaian berwarna tidak luntur yang
biasa kotornya (misalnya kemeja,
pakaian tidur, baju tidur ....) daripada
linen, kain kapas atau serat sintetik dan untuk kain kapas putih yang kotor sedikit (misalnya seluar dalam).
(sejuk)untuk bahan halus (misalnya langsir net),
30°-40° pakaian campuran termasuk bahan serat
sintetik dan wul.
Sebelum memasukkan pakaian
Jangan campurkan pakaian putih dan berwarna. Pakaian putih boleh kehilangan “keputihannya” dalam cucian.
Pakaian berwarna yang baru mungkin luntur warnanya pada kali pertama dibasuh; oleh itu, asingkan semasa dibasuh buat kali pertama.
Pastikan tiada benda logam yang tertinggal dalam pakaian (misalnya penyepit rambut, pin, jarum).
Butangkan sarung bantal, tutup zip, cangkuk dan butang ketap. Ikatkan tali pinggang atau pita yang panjang.
Hapuskan tanda-tanda kotor yang degil sebelum membasuh. Bahagian yang sangat kotor hendaklah digosokkan dengan detergen khas atau pasta detergen.
Langsir hendaklah diperlakukan dengan cermat. Tanggalkan cangkuk atau ikatkan dalam kantung atau jaring.
Beban maksimum
Beban maksimum yang disarankan ternyata dalam carta program.
Pedoman umum:
Kapas, linen: dram penuh tetapi tidak padat; Sintetik: dram tidak lebih daripada separuh penuh;
Berat pakaian
Berat berikut boleh dijadikan panduan: Jubah mandi 1200 g Napkin 100 g Cadar quilt 700 g Cadar 500 g Sarung bantal 200 g Alas meja 250 g Tuala daripada bahan tuala 200 g Alas meja teh 100 g Pakaian tidur 200 g Seluar dalam wanita 100 g Kemeja kerja lelaki 600 g Kemeja lelaki 200 g Baju tidur lelaki 500 g Blaus 100 g Seluar dalam lelaki 100 g
Menghapuskan tanda kotoran
Tanda kotoran yang degil mungkin tidak dapat dihapuskan dengan air dan sabun sahaja. Oleh itu, sebaiknya dibersihkan dahulu sebelum membasuh.
Darah: jika masih baru, bersihkan dengan air. Jika sudah kering, rendam semalaman dalam air dengan detergen khas, kemudian gosokkan sabun dan air padanya.
Cat berasaskan minyak: lembabkan dengan bahan penghapus daripada benzin, bentangkan di atas kain lembut kemudian tepuk-tepuk tanda itu; lakukan beberapa kali.
Tanda gris yang telah kering: lembabkan dengan turpentin, bentangkan di atas permukaan lembut dan tepuk-tepuk dengan hujung jari dan kain kapas.
Karat: asid oksalik dilarutkan dalam air panas atau produk penghapus karat digunakan dalam keadaan sejuk. Hati-hati apabila membersihkan tanda karat yang bukan baru lagi, kerana struktur selulosa telahpun rosak dan kain itu mudah berlubang.
Tanda kulat: bersihkan dengan peluntur, bilas bersih­bersih (kain putih dan kain warna tidak luntur sahaja).
72
Rumput: sabunkan sedikit dan bersihkan dengan peluntur (kain putih dan kain warna tidak luntur sahaja).
Pena mata bulat dan gam: lembabkan dengan aseton (*), bentangkan di atas kain lembut dan tepuk-tepuk tanda itu.
Gincu bibir: lembabkan dengan aseton seperti di atas, kemudian bersihkan dengan spirit. Hapuskan sisa-sisa tanda daripada kain putih dengan peluntur.
Wain merah: rendam dalam air dan detergen, bilas dan bersihkan dengan asid asetik atau asid sitrik, kemudian bilas. Bersihkan sisa-sisa tanda dengan peluntur.
Dakwat: bergantung pada jenis dakwat, lembabkan dengan aseton (*), kemudian dengan asid asetik; bersihkan sisa-sisa tanda pada kain putih dengan peluntur kemudian bilas bersih-bersih.
Tanda-tanda tar: mula-mula bersihkan dengan bahan penghapus tanda, spirit atau benzin, kemudian gosok dengan pasta detergen.
(*) jangan gunakan aseton pada sutera buatan.
Detergen dan perapi tambahan
Hasil cucian yang sempurna juga bergantung pada pilihan dan jumlah detergen yang betul demi mengelakkan pembaziran dan melindungi alam sekitar. Meskipun boleh rosot di alam sekitar, detergen mengandungi zat yang, dalam jumlah besar, boleh menjejaskan keseimbangan alam.
Pilihan detergen bergantung pada jenis kain (bahan halus, wul, kapas, dsb.), warna, suhu cucian, dan takat kotoran.
Semua detergen mesin basuh yang biasa boleh digunakan pada alat ini:
– detergen serbuk untuk semua jenis kain, – detergen serbuk untuk kain halus (60°C maks) dan
bahan wul,
– detergen cecair, sebaiknya untuk program basuh
suhu rendah (60°C maks) bagi semua jenis kain, atau khas untuk bahan wul sahaja.
Detergen dan perapi tambahan mesti diisikan dalam petak yang sesuai di laci detergen sebelum memulakan program basuh.
Jika menggunakan detergen serbuk atau cecair pekat, program tanpa prabasuh mesti dipilih.
Mesin basuh ini menerapkan sistem peredaran semula supaya detergen pekat digunakan sebaik­baiknya.
Tuangkan detergen cecair ke dalam petak laci detergen bertanda sejurus sebelum memulakan program.
Bahan pelembut kain or bahan perapi kanji mesti dituangkan ke dalam petak bertanda sebelum memulakan program basuh.
Patuhi saranan pihak pengeluar tentang jumlah yang patut digunakan dan jangan melebihi tanda «MAX»
di laci detergen.
Jumlah detergen yang patut digunakan
Jenis dan jumlah detergen bergantung pada jenis kain, saiz beban, takat kekotoran dan kesadahan air.
Kesadahan air diklasifikasikan menurut apa yang disebut “takat” kesadahan. Maklumat tentang kesadahan air di kawasan anda boleh didapati daripada syarikat bekalan air atau daripada pihak berkuasa tempatan.
Patuhi petunjuk yang diberikan oleh pihak pengeluar tentang jumlah yang patut digunakan.
Kurangkan detergen jika: – beban cucian kecil sahaja, – pakaian kotor sedikit sahaja, – banyak busa terjadi semasa mesin membasuh.
Takat kesadahan air
Takat
Paras
1 2 3
4
Ciri
lembut
sederhana
sadah
sangat sadah
Jerman
°dH
0- 7 8-14
15-21
lebih
daripada
21
Perancis
°T.H.
0-15 16-25 26-37
lebih
daripada
37
MELAYU
BAHASA
73
Petua-petua pengeringan
Sebagai pengering, mesin ini menggunakan prinsip kondensasi.
Oleh itu, pili air mesti dibuka dan hos saliran
mesti menyalirkan air ke dalam besen cuci atau paip saliran, meskipun dalam kitaran pengeringan.
Simbol pengeringan pada label pakaian
Lihatlah label pakaian bagi menentukan sama ada pakaian boleh dikeringkan di mesin atau tidak.
Simbol berikut merujuk kepada pengeringan:
Biasanya boleh dikeringkan di mesin Pengeringan normal (suhu normal)
Beban
Jenis pakaian
Linen dan kapas Sintetik
Amaran: Beban pakaian yang telah dicuci, jika melebihi
nilai-nilai ini, hendaklah dibahagi-bahagikan sebelum dikeringkan, jika tidak hasilnya tidak akan sempurna.
beban maks.
(berat kering)
3.5 kg
2.5 kg
Pakaian yang tidak sesuai dikeringkan
• Bahan yang sangat halus seperti langsir sintetik, bahan wul dan sutera, pakaian yang mengandungi bahan logam, stokin nylon, pakaian tebal seperti anorak, selimut, quilt, kantung tidur dan duvet tidak boleh dikeringkan di mesin ini.
• Pakaian berlapik getah busa atau bahan serupa tidak boleh dikeringkan di mesin ini; pakaian begini boleh menimbulkan bahaya kebakaran.
• Selain itu, kain yang mengandungi sisa losyen penetap rambut atau semburan rambut, pelarut warna kuku atau larutan serupa tidak boleh dikeringkan di mesin, demi mengelakkan terbentuknya wap yang berbahaya.
Pengeringan lembut (suhu dikurangkan) Jangan keringkan di mesin
Jangka masa kitaran pengeringan
Jangka masa pengeringan boleh berubah-ubah menurut
• kelajuan putaran akhir;
• takat pengeringan yang diperlukan (ekstra kering, kering simpan atau kering seterika);
• jenis pakaian;
• saiz beban.
Jangka masa pengeringan yang biasa bagi program berjangka ternyata dalam carta program. Apabila anda telah biasa dengan alat ini, anda akan mengetahui jangka masa pengeringan yang paling sesuai dengan keperluan anda menurut pelbagai jenis pakaian. Jangka-jangka masa ini patut diperhatikan.
Sisa serabut
Setelah mengeringkan kain yang berserabut, seperti tuala baru, anda dinasihatkan supaya menjalankan program bilas B agar apa-apa sisa serabut yang mungkin tertinggal dalam tab dapat disingkirkan semuanya dan tidak melekat pada pakaian yang dikeringkan seterusnya.
Selepas setiap kitaran pengeringan, turas patut diperiksa dan dibersihkan.
Pengeringan tambahan
Jika pakaian masih terlalu basah di akhir program, tetapkan satu lagi kitaran pengeringan pendek.
Amaran! Demi mengelakkan kain daripada berkedut atau mengecut, jangan keterlaluan mengeringkannya.
74
1200
900 700 500
95°
60°
40°
30°
40°
40°
A
B
C
D
F
G
E
50°
30°
60°
40°
30°
50°
30°
---
Jujukan operasi
P0877
P0876
P0004
Membasuh sahaja
Sebelum membasuh buat kali pertama dengan mesin ini, kami sarankan supaya dijalankan satu kitaran basuh kain kapas pada suhu 60°C, tanpa pakaian dalam mesin, bagi menyingkirkan apa-apa sisa proses pembuatan dalam dram dan tab. Tuangkan separuh sukatan detergen ke dalam petak basuh utama dan jalankan mesin.
4.Hidupkan mesin
Untuk menghidupkan mesin, tekan butang ON/OFF
: lampu operasi akan menyala.
1.Masukkan pakaian ke dalam drum
Buka pintu. Masukkan pakaian ke dalam dram, satu persatu,
sambil menggoncang-goncangkannya seberapa dapat.
Tutup pintu.
2.Sukat detergen
Tarik laci detergen keluar hingga berhenti. Sukat jumlah detergen yang disarankan oleh pihak pengeluar dengan menggunakan cawan sukatan, dan tuangkan ke dalam petak basuh utama .
Jika ingin menjalankan prabasuh, tuangkan detergen ke dalam petak yang berkenaan, bertanda .
Jika cakera pemilihan program berada di kedudukan SET SEMULA O, tiga palang berkelip-kelip akan dipaparkan. Jika cakera pemilihan program berada pada satu program basuh, jangka masa program itu dipaparkan.
5.Pilih program yang diingini
Putar cakera pemilihan program ke kedudukan yang diingini: beberapa lampu yang berkaitan dengan pelbagai fasa yang dirangkumi program itu akan menyala.
Paparan menunjukkan jangka masa program.
6. Pilih kelajuan putaran atau opsyen
MELAYU
BAHASA
3.Sukat bahan perapi tambahan
Jika perlu, tuangkan bahan pelembut kain ke dalam petak bertanda , tanpa melebihi tanda «MAX».
Tekan butang kelajuan putaran bagi memilih kelajuan atau opsyen yang diingini : lampu yang berkenaan akan menyala.
75
7.Pilih opsyen yang diperlukan
9.Mulakan program
Lampu yang berkaitan dengan butang yang ditekan itu akan menyala.
8. Pilih opsyen MULA TERTUNDA
Untuk menunda permulaan program, tekan butang MULA TERTUNDA. Lampu yang berkenaan akan menyala. Jangka masa penundaan yang dipilih itu akan dipaparkan selama kira-kira 4 saat, dan setelah itu jangka masa program yang dipilih akan tertera di paparan.
Apabila butang MULA/JEDA ditekan, jangka masa penundaan yang dipilih akan tertera lagi di paparan dan mesin mula menghitung undur masa.
Untuk memulakan program yang dipilih, tekan butang MULA/JEDA; lampu yang berkenaan berhenti berkelip.
Lampu penunjuk yang berkenaan dengan fasa cucian yang dijalankan itu akan menyala.
Lampu pintu menyala untuk menandakan pintu terkunci.
Mesin mula beroperasi.
10. Apabila program selesai
Mesin berhenti secara automatik. Jika opsyen anti-kusut telah dipilih, lampu butang
MULA/JEDA akan berkelip, menandakan air mesti disalirkan sebelum membuka pintu.
Pintu hanya boleh dibuka setelah lampu penunjuk pintu terkunci padam. Angka sifar berkelip-kelip di paparan.
Lampu menyala juga menandakan kunci terbuka. Putar cakera pemilihan program ke Set Semula O. Matikan mesin dengan menekan butang ON/OFF
.
Keluarkan pakaian dari dalam dram dan dengan hati-hati periksa sama ada dram telah kosong, supaya tidak tertinggal benda-benda yang boleh merosakkan cucian seterusnya (misalnya mengecut), atau warna yang luntur mencemarkan pakaian berwarna putih.
Jika tidak berniat membasuh lagi, tutup pili air. Biarkan pintu renggang bagi mencegah terbentuknya
kulapuk dan bau tak sedap.
76
Pengeringan sahaja
Amaran! Jangan melebihi beban maksimum
pakaian:
- 3 kg bagi linen dan kapas
-2.0 kg bagi sintetik. Pili air mesti dibuka dan hos saliran mesti diletakkan
dalam besen cuci atau disambungkan ke paip saliran.
1. Masukkan pakaian
2. Tekan butang ON/OFF untuk menghidupkan
mesin.
3. Pilih program pengeringan (untuk kain kapas atau sintetik).
4. Tekan butang jangka masa pengeringan hingga tertera jangka masa yang anda ingini (bagi pengeringan berjangka). Lampu yang berkenaan akan menyala.
Jika ingin melakukan pengeringan elektronik, tekan butang hingga lampu penunjuk yang berkenaan dengan takat pengeringan yang dikehendaki itu menyala.
5. Tekan butang MULA/JEDA untuk memulakan program.
6. Apabila selesai kitaran itu, putar cakera pemilihan program ke MEMBATALKAN O dan tekan butang ON/OFF sekali lagi untuk mematikan alat.
7. Keluarkan pakaian.
Cucian dan pengeringan automatik (Program TANPA HENTI)
Amaran! Bagi program TANPA HENTI, penting juga
berat pakaian tidak melebihi beban maksimum iaitu 3 kg bagi kain kapas dan 2 kg bagi sintetik.
1. Masukkan pakaian.
2. Tuangkan detergen dan perapi tambahan.
3. Hidupkan mesin dengan menekan butang
ON/OFF .
4. Pilih program basuh.
5. Seterusnya pilih opsyen yang dikehendaki
dengan menggunakan butang yang berkenaan. Jika dapat, jangan pilih kelajuan putaran yang lebih rendah daripada yang diusulkan oleh mesin, agar jangka masa pengeringan tidak terlalu lama dan mesin dapat menjimatkan tenaga. Walau bagaimanapun, kelajuan putaran hanya dapat dikurangkan setelah memilih pengeringan. Nilai paling rendah yang anda dapat pilih ialah seperti berikut:
- 900 r.p.m. bagi kain kapas & sintetik dengan pengeringan elektronik
- 900 r.p.m. bagi kain kapas dan 700 r.p.m. bagi sintetik dengan pengeringan berjangka
6. Pilih jangka masa pengeringan atau takat pengeringan.
7. Mulakan program dengan menekan butang MULA/JEDA.
8. Apabila selesai program, putar cakera pemilihan ke MEMBATALKAN O dan tekan butang ON/OFF sekali lagi untuk mematikan mesin.
9. Keluarkan pakaian.
MELAYU
BAHASA
77
Carta program
Program basuh
Bahagian
biru
muda
biru
muda
biru
muda
biru
muda
Suhu Jenis kain
95°
60°
30°-
40°-50°
E
Putih kapas
Putih kapas jimat
Kain berwarna tidak luntur
Kain berwarna luntur
Perihalan
program
Basuh pada suhu 95°C 3 kali bilas Putaran normal
Basuh pada suhu 67°C 3 kali bilas Putaran normal
Basuh pada suhu 60°C 3 kali bilas Putaran normal
Basuh pada suhu 30°-40°-50°C 3 kali bilas Putaran normal
Fungsi
tambahan
Beban
maksi
mum
6.5 kg
6.5 kg
6.5 kg
6.5 kg
Tenaga
kWh
2.2
1.8
1.3
1.1
Penggunaan*
Air
lt.
56
53
53
53
Jangka
masa
min.
152
146
133
131
Basuh pada suhu 30°-40°-50°-60°C
3 kali bilas Putaran lembut
Basuh pada suhu 30°-40°C 3 kali bilas Putaran lembut
Basuh pada suhu 30°-40°C atau basuh sejuk 3 kali bilas Putaran lembut
-30°-
Sintetik
Bahan halus
Bahan wul
kuning
hitam
hitam
* Data penggunaan dalam carta ini hanya sebagai panduan, kerana kadar penggunaan boleh berubah-ubah mengikut jumlah dan jenis pakaian, suhu air masuk dan suhu ambien. Data ini merujuk kepada suhu tertinggi bagi setiap program basuh.
30°­40°-
50°-60°
30°-40°
40°
3 kg
3 kg
2kg
1.05
0.55
0.4
55
60
63
89
64
55
EKONOMI
Pilih program ekonomi “E” dan bukan program 95°C apabila membasuh pakaian putih yang biasa kotornya; mesin membasuh pada suhu kira-kira 67°C, dan hasilnya dapat menjimatkan tenaga. Jangka masa membasuh tetap sama.
78
Carta program
Program khas
Bahagian
biru
biru
Kedu-
dukan cakera pemili-
han
A
B
Program
Rendam
Bilas
Perihalan
program
Rendam pada suhu 30°C berhenti dengan air dalam tab.
Untuk menyalirkan air,
tekan butang MULA/JEDA . Mesin secara automatik menyalirkan air setelah 18 jam.
3 kali bilas dengan cecair perapi tambahan jika perlu Putaran
Fungsi
tambahan
Beban
maksi
mum
6.5 kg
6.5 kg
Tenaga
kWh
0.6
0.17
Penggunaan*
Air
lt.
25
45
Jangka
masa
min.
20
58
MELAYU
BAHASA
biru
biru
biru
biru
biru
C
D
F
G
O
Pelembut
Saliran
Putaran
Program pendek
Membatalkan
1 kali bilas dengan pelembut Putaran
Basuh pada suhu 30°C 2 kali bilas Putaran pada kelajuan 700 r.p.m.
Untuk membatalkan program basuh yang sedang berjalan
6.5 kg
-
6.5 kg
3 kg
-
-
-
0.4
-
18
44
25
-
-
-
3
10
30
-
* Data penggunaan dalam carta ini hanya sebagai panduan, kerana kadar penggunaan boleh berubah-ubah mengikut jumlah dan jenis pakaian, suhu air masuk dan suhu ambien.
79
Jadual program
Pengeringan berjangka
Takat
pengeringan
Ekstra kering Sesuai bagi bahan tuala
Kering simpan Sesuai bagi bahan yang perlu disimpan tanpa diseterika
Jenis kain
Kapas dan linen (jubah mandi, tuala mandi, dsb)
Kapas dan linen (tuala, kemeja T, jubah mandi)
Sintetik dan kain campur (jumper, blaus, seluar dalam, linen rumah tangga)
Beban maksimum
3 kg
1.5 kg
3 kg
1.5 kg
2,0 kg 900 100
1,0 kg 900 60
Kelajuan putaran
1200 110
1200 65
1200
1200 55
Jangka masa
pengeringan
min.
100
Kering seterika Sesuai untuk bahan yang akan diseterika
Kapas dan linen (cadar, alas meja, kemeja, dsb)
3 kg
1.5 kg
1200 75
1200 45
80
Lambang kod basuh antarabangsa
Basuh
Basuh
Suhu basuh
maksimum
Suhu basuh
maksimum
Suhu basuh
maksimum
tangan
Basuh kering dlm
Basuh kering
alkohol murni,
Jangan
pengering
Jangan gunakan
i
Lambang-lambang ini tertera di label kain, agar anda dapat memilih cara terbaik mencucinya.
bertenaga
lembut
95
Suhu basuh
maksimum
95¡C60¡C40¡C30¡C
60
60
40
40
40
30
Basuh dengan
30
Jangan dibasuh
sama sekali
Pelunturan Lunturkan dalam air sejuk Jangan lunturkan
Seterika Seterika panas
maks 200¡C
Seterika hangat
maks 150¡C
Seterika suam
maks 110¡C
Jangan seterika
MELAYU
BAHASA
Basuh kering Basuh kering dlm
semua pelarut perkloretilena,
petrol, alkohol murni,
R 111 & R 113
Pengeringan Bentangkan Di ampaian Di penyangkut
baju
81
dlm petrol,
dan R 113
Gunakan mesin
basuh kering
suhu tinggi
suhu rendah
mesin pengering
Penyenggaraan
P0038
P0878
P0879
P0040
P0133
P0132
P0011
1.Badan mesin
Bersihkan bahagian luar mesin dengan air hangat dan detergen pencuci pinggan mangkuk. Bilas dengan air bersih dan lap dengan kain lembut.
Penting: jangan gunakan spirit, pelarut atau produk serupa untuk membersihkan badan mesin.
2.Laci detergen
Detergen dan bahan pelembut kain lama kelamaan meninggalkan sisa-sisanya dalam laci.
Bersihkan laci itu dari masa ke masa dengan membilasnya di bawah air pili yang mengalir. Bagi mengeluarkan laci dari mesin, tekan butang di sudut kiri sebelah belakang.
Bagi memudahkan pembersihan, bahagian atas petak perapi tambahan boleh dikeluarkan.
3.Turas saliran
Turas saliran mengumpulkan benang dan benda­benda kecil yang tertinggal dalam pakaian. Periksa dari masa ke masa dan pastikan turas itu bersih.
Buka pintu turas. Letakkan sebuah bekas di bawah turas dan
longgarkan turas.
Tarik turas itu keluar. Bersihkan turas di bawah air pili yang mengalir,
pasangkan semula, dan putar skrunya sepenuhnya.
Detergen juga dapat bertumpuk di bahagian dalam lubang laci: bersihkan dengan berus gigi lama. Pasangkan kembali laci itu setelah dibersihkan.
4.Turas air masuk
Jika anda dapati mesin lambat mengisi air, periksa sama ada hos air masuk tersumbat.
Tutup pili air. Longgarkan hos daripada pili air. Bersihkan turas dengan berus keras. Pasangkan hos kembali pada pili air.
82
5.Penyaliran darurat
Jika air tidak disalirkan (pam air keluar tersumbat, turas atau hos saliran tersekat), lakukan seperti berikut bagi menyalirkan air dalam mesin:
• cabut plag dari soket elektrik;
• tutup pili air;
• jika perlu, tunggu hingga air menyejuk;
• letakkan sebuah mangkuk di lantai di bawah turas;
• longgarkan turas itu sedikit supaya air dapat keluar perlahan-lahan;
• setelah selesai, ketatkan turas itu semula.
6.Mengelakkan sejuk-beku
Jika suhu di tempat mesin ini berada dapat turun hingga kurang daripada 0°C, lakukan seperti berikut:
• Tutup pili air dan longgarkan hos air masuk daripada pili air.
• Letakkan hujung hos saliran dan hos air masuk dalam mangkuk yang diletakkan di atas lantai.
• Pilih program “D” (penyaliran) dan jalankan hingga mesin berhenti.
• Putar cakera pemilihan program ke O.
• Matikan mesin dengan menekan butang .
• Pasang dan ketatkan kembali hos air masuk dan letakkan hos saliran kembali di tempatnya.
Dengan cara ini, air yang tertinggal dalam mesin akan dikeluarkan, hingga mengelakkan terbentuknya air batu dan kerosakan bahagian yang terjejas.
Apabila anda menggunakan mesin ini lagi nanti, pastikan suhu ambien melebihi 0°C.
MELAYU
BAHASA
83
Jika ada masalah
Masalah yang anda dapat huraikan sendiri.
Semasa operasi mesin, salah satu kod penggera yang berikut mungkin tertera di paparan:
- E10 : masalah bekalan air
- E20 : masalah penyaliran air
- E40 : pintu terbuka Setelah masalah itu dihapuskan, tekan butang MULA/JEDA bagi memulakan semula program. Jika setelah
memeriksa semuanya, masalah itu tidak reda juga, hubungi Pusat Servis.
Masalah Kemungkinan puncanya
• Mesin tidak dapat dimulakan:
• Mesin tidak mengisi air:
• Mesin mengisi air kemudian terus menyalirkannya:
• Mesin tidak menyalirkan air dan/atau tidak memutar:
• Ada air di lantai:
• Hasil cucian yang tidak memuaskan:
• Mesin bergegar atau bising bunyinya:
• Pintu tidak ditutup rapat. (E40)
• Mesin tidak dipasang plagnya atau tiada bekalan elektrik di soket.
• Fius utama terbakar.
• Cakera pemilihan program tidak betul kedudukannya.
• Butang MULA/JEDA belum ditekan.
• Opsyen MULA TERTUNDA telah dipilih.
• Pili air tertutup. (E10)
• Hos air masuk tertindih atau terpiuh. (E10)
• Turas dalam hos air masuk tersumbat. (E10)
• Pintu tidak ditutup dengan betul. (E40)
• Hujung hos saliran terlalu rendah kedudukannya. Sila rujuk perenggan berkenaan di bahagian “penyaliran air”.
• Hos saliran tertindih atau terpiuh. (E20)
• Opsyen telah dipilih.
• Turas saliran tersekat. (E20)
• Terlalu banyak detergen atau detergen tidak sesuai digunakan (menjadikan terlalu banyak busa).
• Periksa kalau-kalau ada kebocoran daripada salah satu fitting hos air masuk. Kebocoran itu kadang kala sukar dilihat kerana air mengalir sepanjang hos; periksa sama ada hos itu lembab.
• Hos saliran rosak.
• Detergen tidak cukup atau detergen tidak sesuai digunakan.
• Tanda-tanda kotoran degil tidak dibersihkan dahulu sebelum membasuh.
• Suhu yang betul tidak dipilih.
• Beban pakaian terlalu berat.
• Bolt pengangkutan dan bungkah penyendal belum dikeluarkan.
• Kaki penyokong mesin belum dilaraskan.
• Pakaian tidak tersebar sama rata dalam dram.
• Mungkin jumlah pakaian terlalu sedikit dalam dram.
• Pintu tidak dapat dibuka:
• Paras air di atas pinggir bawah pintu.
• Mesin sedang memanaskan air atau mengeringkan pakaian.
• Dram sedang berputar.
Pintu hanya boleh dibuka apabila lampu yang berkenaan padam.
84
Mod. ..........
Prod. No. ...........
Ser. No. .........
Mod.
..........
Ser.
P0042
Hasil teknologi moden, mesin ini amat
menjimatkan. Penggunaan airnya rendah,
namun prestasinya cukup baik.
Masalah Kemungkinan puncanya
Mesin ini dipasang motor komutator yang
meningkatkan prestasi mesi.
• Putaran lambat dimulakan atau pakaian tidak cukup diputar:
• Mesin tidak mengeringkan pakaian atau pakaian tidak cukup kering:
Air dalam mesin tidak kelihatan.
• Peranti pengesan ketidakseimbangan elektronik telah berfungsi kerana pakaian tidak tersebar sama rata dalam dram. Pakaian diagihkan dengan putaran dram arah terbalik. Hal ini mungkin berlaku beberapa kali hingga ketidakseimbangan itu hilang dan mesin dapat memutar seperti biasa. Jika setelah 15 minit pakaian masih belum tersebar sama rata dalam dram, mesin akan berputar pada kelajuan yang lebih rendah. Jika di akhir program pakaian tidak cukup diputar, agihkan beban pakaian dengan tangan dan pilih program putaran.
• Pili air ditutup (E10).
• Turas saliran tersekat (E20).
• Jangka masa pengeringan atau takat
pengeringan
belum dipilih.
• Jangka masa pengeringan yang sesuai belum dipilih.
• Terlalu banyak pakaian dalam alat ini.
Mesin mengeluarkan bunyi luar biasa.
MELAYU
BAHASA
P1035UK
Jika anda tidak dapat mengenalpasti atau menghuraikan masalah, sila berhubung dengan pusat servis kami. Sebelum menelefon kami, catatkan model, nombor siri dan tarikh mesin dibeli: Pusat Servis akan memerlukan maklumat tersebut.
P1034UK
85
MADE IN ITALY
Loading...