AEG EDE429E User Manual [ms]

TUMBLE DRYER
MESIN PENGERING
EDE 429E
INSTRUCTION BOOKLET
125 980 030
MS
CN
GB
Pelanggan yang dihormati,
Sila baca petunjuk operasi ini dengan cermat dan beri perhatian khusus kepada catatan keselamatan yang dinyatakan di beberapa halaman yang pertama.
Kami syorkan supaya anda menyimpan buku petunjuk ini supaya dapat menjadi rujukan pada lain masa, dan serahkan kepada pemilik yang baru jika mesin ini bertukar tangan nanti.
Kerosakan dalam pengangkutan
Setelah mesin dikeluarkan daripada bungkusannya, harap periksa dan pastikan tidak ada kerosakan. Jika kurang pasti, jangan hidupkan. Hubungi Pusat Servis setempat.
Lambang-lambang yang anda lihat dalam buku petunjuk ini bermaksud seperti berikut:
Segi tiga amaran menekankan maklumat yang amat penting bagi keselamatan anda atau untuk mesin berfungsi dengan betul.
Maklumat yang ditandakan dengan lambang ini memberi petunjuk tambahan dan petua praktikal tentang cara menggunakan mesin.
Lambang ini menandakan petua dan maklumat tentang penggunaan mesin yang hemat dan serasi dengan ekologi.
Sumbangan kami kepada perlindungan alam sekitar:
Kami gunakan kertas kitar semula.
30
Kandungan
Maklumat keselamatan penting
..................32
Pelupusan
............................................................33
Petua bagi perlindungan alam sekitar .…34
Perihalan mesin
.................................................34
Pemasangan
Mengeluarkan mesin daripada bungkusan ...........35
Menetapkan kedudukan.........................................35
Memasang hos bolong.....................................35-36
Kelengkapan penindan..........................................36
Menterbalikkan pintu..............................................36
Sambungan elektrik ..............................................36
Penggunaan
Panel kawalan ..................................................37
Carta atur cara.......................................................39
Jujukan operasi......................................................40
Petua-petua berguna ............................................41
.......................................................35
.........................................................37
-38
dan Membersihkan
Menyenggara Mesin
..................................................................42
Membersihkan bahagian luar..............................42
Membersihkan pintu............................................42
Membersihkan turas............................................42
Jika ada masalah
..........................................43
Spesifikasi teknikal
DIMENSI:
SAMBUNGAN ELEKTRIK: KUASA TERSERAP MAKSIMUM: PENGKADARAN FUIS MINIMUM:
KEMAMPUAN MENGERING MAKS.:
Mesin ini mematuhi Arahan E.E.C. berikut:
- 73/23 EEC bertarikh 19.2.73 (Arahan Voltan Rendah) dan ubahsuaian kemudiannya;
- 89/336 EEC bertarikh 3.5.89 (Arahan Keserasian Elektromagnet) dan ubahsuaian kemudiannya.
Tinggi Lebar Panjang ke dalam
Kapas, linen Sintetik
31
85 cm 60 cm 58 cm
230/240 V/50 Hz 2200 W 10 A
5 kg
2.5 kg
Maklumat keselamatan penting
Amaran-amaran ini diberi demi menjaga keselamatan. Anda MESTI membacanya dengan teliti sebelum memasang atau menggunakan mesin
Pemasangan
Apa-apa kerja elektrik untuk memasang mesin ini
harus dilakukan oleh juruelektrik bertauliah atau orang yang berkelayakan.
Hati-hati supaya mesin tidak ditindihkan di atas
kabel bekalan elektrik.
Jika mesin diletakkan di atas lantai permaidani,
laraskan kakinya supaya udara bebas beredar.
Mesin pengering ini dimaksudkan untuk
disediakan bolong udara terus ke udara terbuka. Mesin ini harus ada sistem edaran udara sendiri
yang tidak dihubungkan dengan mana-mana sistem edaran udara yang dipasang pada mana­mana perkakas lain.
Penggunaan
Mesin ini direka untuk kegunaan di rumah sahaja.
Jika mesin digunakan untuk tujuan lain atau jika
tidak digunakan dengan betul, pihak pengeluar
tidak bertanggungjawab atas apa-apa kerosakan
yang mungkin berlaku.
Mesin hendaklah dicabut plagnya setelah
digunakan
Pakaian yang masih basah menitis jangan
dimasukkan dalam mesin pengering ini.
Bahaya ledakan: Jangan keringkan bahan
pakaian yang terkenan bahan pelarut mudah
menyala (petrol, spirit, bahan pencuci kering dan
sebagainya). Bahan-bahan tersebut mudah
meruap, hingga boleh menyebabkan ledakan.
Keringkan pakaian yang dibasuh dengan air
sahaja.
Harap pastikan tidak ada pemetik api gas
tertinggal dalam saku pakaian yang hendak
dikeringkan dalam mesin ini.
Jangan keringkan sepatu kanvas atau sepatu
sukan, kerana boleh tersangkut antara pintu
dengan dram, hingga dram tidak dapat bergerak
Biarkan pintu renggang sedikit apabila mesin tidak
digunakan. Dengan cara ini, getah pengedap pintu
dapat dijaga kesempurnaannya.
Bersihkan turas serabut setelah menggunakan
mesin. Demi menghindari risiko kebakaran,
jangan gunakan mesin jika turas serabut rosak
atau mesin tidak ada turas.
Jangan biarkan serabut bertimbun di sekeliling
mesin.
Keselamatan umum
Jangan ubah spesifikasi atau ubahsuai mesin ini
dengan apa cara pun kerana ini adalah berbahaya.
Jangan sekali-kali cuba membaikpulih mesin ini
sendiri. Kerja baikpulih jika dilakukan oleh orang yang tidak berpengalaman boleh menyebabkan cedera atau kerosakan teruk. Harap hubungi Pusat Servis Electrolux setempat. Pastikan anda menggunakan barang ganti Electrolux yang tulen sahaja.
Keselamatan kanak-kanak
Kanak-kanak sering kali tidak sedar betapa bahayanya
alat-alat elektrik. Semasa mesin sedang bekerja, kanak -kanak harus diperhatikan baik-baik dan tidak dibiarkan bermain dengan mesin.
Bahan bungkusan (misalnya karung plastik, bahan polistirena) boleh membahayakan kanak-kanak – bahaya lemas! Simpan jauh dari jangkauan kanak­kanak.
Jangan
memanjat masuk dram.
Apabila mesin hendak dibuang, potong kabel bekalan
elektrik dan musnahkan plag pada kabel yang tertinggal. Rosakkan kancing pintu supaya kanak-
kanak tidak terperangkap di dalam apabila bermain.
biarkan kanak-kanak atau haiwan peliharaan
32
Pelupusan
Bahan bungkusan
Bahan yang ditandakan dengan lambang
boleh dikitar semula.
Ertinya, bahan-bahan ini boleh digunakan semula dengan dilupuskan dengan cara yang betul dalam bekas pengumpulan yang berkenaan.
Petua bagi perlindungan alam sekitar
Demi menjimatkan tenaga dan membantu melindungi alam sekitar, kami syorkan anda mematuhi petua berikut:
Cuba isikan pakaian hingga muatan maksimum mesin, kerana beban yang kecil-kecil tidak
menjimatkan.
Isikan cucian yang telah diputar dengan sempurna
sahaja. Semakin laju putaran, semakin kurang penggunaan elektrik dan semakin pendek jangka masa pengeringan.
Pakaian jangan terlampau dikeringkan. Cara ini untuk mengelakkan pakaian berkedut dan demi menjimatkan tenaga. Pilih atur cara pengeringan mengikut jenis pakaian dan takat kekeringan yang dikehendaki.
Mesin
Gunakan tapak pelupusan yang dibenarkan bagi mesin yang lama. Mari sama-sama kita menjaga kebersihan negara!
Untuk menggunakan beban maksimum, pakaian yang hendak terus disimpan (kering simpan) boleh dikeringkan bersama pakaian yang hendak diseterika dahulu. Mula-mula, pilih atur cara kering seterika. Keringkan pakaian, kemudian keluarkan mana yang hendak diseterika dahulu. Setelah itu keringkan pakaian yang lain.
Bersihkan turas secara tetap dari masa ke masa. Cara
ini untuk menghindari jangka masa pengeringan yang keterlaluan dan penggunaan elektrik yang tinggi.
Bilik hendaklah sempurna edaran udaranya. Suhu bilik
hendaklah tidak lebih daripada +35°C semasa mesin mengering pakaian.
33
Loading...
+ 11 hidden pages